Pembangunan Ekonomi Daerah Melalui Pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik Dalam Meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana di Kota Pekanbaru

Authors

  • MD YUSUF DAENG

Keywords:

Cipta, Caker, IKS

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Seterusnya, kajian ini mempunyai objektif khusus untuk mengenal pasti peranan pihak penguat kuasa, pencipta, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen atau tidak berlesen, serta pengguna/pembeli cakera optik di Kota Pekanbaru, dan mengenal pasti bantuan kerajaan serta kesan pemberian lesen/permit, bantuan pembiayaan, bantuan pemasaran, bantuan modal insani, bantuan teknologi, pendidikan, dan pengalaman ke atas prestasi IKS cakera optik di Kota Pekanbaru. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pertumbuhan IKS cakera optik menimbulkan pelanggaran Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) yang dijual kepada pengguna dan mencadangkan langkah-langkah penguatkuasaan IKScakera optik dalam membantu peningkatan pembangunan ekonomi di Pekanubaru. Pemilihan lokasi kajian ini dijalankan di beberapa organisasi termasuk agensi kerajaan Kota Pekanbaru dan agensi IKS swasta yang melibatkan 15 orang informan yang terdiri dari agensi kerajaan (3) dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/pengubah (2), pengeluar/pengilang (2), pemborong/penjual yang berlesen (2) dan pemborong/penjual tidak berlesen (2), serta pengguna atau pembeli (4) cakera optik di Kota Pekanbaru. Hasil dari proses analisis data temu bual kajian kes bersilang (Cross Case Study)Antara Agensi Kerajaan Kota Pekanbaru dan Agensi Pihak IKS swasta (Pencipta/Pengubah, Pengeluar/Pengilang, Pemborong/Penjual Berlesen dan Penjual Tidak Berlesen) serta Pengguna atau Pembeli yang terlibat dalam cakera optik di Kota Pekanbaru, mendapati terdapat empat kategori dan dua belas sub kategori telah digabungkan. Penemuan Objektif pertama kajian ini menunjukkan kategori 1, iaitu Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004 dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia). Ia termasuk tiga sub kategori, iaitu mencapai Visi dan Misi Pembangunan Ekonomi Daerah Kota Pekanbaru; menigkatkan kualiti Sumber Daya Manusia (SDM), infrastruktur dan perekonomian daerah, serta masyarakat, dan meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Selain itu, penemuan objektif kedua kajian ini menunjukkan Kategori 2: bantuan kerajaan dan kesan pemberian lesen/permit, bantuan pembiayaan, bantuan pemasaran, bantuan modal insani, bantuan teknologi, pendidikan, dan pengalaman ke atas prestasi IKS cakera optik di Kota Pekanbaru. Ia termasuk tiga sub kategori, iaitu kesan pemberian lesen/permit dan bantuan pembiayaan, kesan pemberian bantuan pemasaran dan bantuan modal insan, dan kesan pemberian bantuan teknologi, pendidikan, dan pengalaman ke atas prestasi IKS cakera optik. Seterusnya, penemuan objektif ketiga kajian ini menunjukkan Kategori 3: Pertumbuhan IKS cakera optik menimbulkan pelanggaran Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dan undang-undang yang lain. Akhir sekali, penemuan objektif keempat kajian ini menunjukkan Kategori 4: Langkah-langkah penguatkuasaan IKS cakera optik dalam membantu peningkatan pembangunan ekonomi. Ia termasuk tiga sub kategori, iaitu kesedaran tentang kepentingan pengetahuan dan penguatkuasaan undang-undang cakera optic; perubahan sikap/ disiplin dan komunikasi/ media , tentang kepentingan pembangunan ekonomi daerah dan prestasi IKS, serta meningkatkan kualiti kepemimpinan dan keagamaan di kalangan agensi kerajaan, agensi IKS dan pengguna/pembeli cakera optic. Kesimpulannya,peranan agensi kerajaan dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/ pengubah, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen dan pemborong/ penjual tidak berlesen, serta pengguna atau pembeli efektif dalam membantu Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik(Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Penemuan-penemuan dari penyelidikan ini diharapkan dapat digunakan untuk meningkatkan Pembangunan Ekonomi Daerah dan Prestasi IKS Cakera optik di Pekanbaru

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

DAENG, M. Y. (2018). Pembangunan Ekonomi Daerah Melalui Pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik Dalam Meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana di Kota Pekanbaru. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1172