PENGGUNAAN NAMA HAIWAN DALAM SURAH AL-QURAN DAN HUBUNGAN PENCIPTAANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU TINJAUAN

Authors

  • ABD SHAKOR BORHAM
  • MIKDAR RUSDI
  • NUR ZAINATUL NADRA ZAINAL

Keywords:

Nama haiwan, hikmah al-Quran, hubungan penciptaan, peranan manusia, hikmah penciptaan haiwan

Abstract

Al-Quran merupakan mukjizat Allah S.W.T. kepada RasulNya yang membincangkan semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Perbincangan ini meliputi kehidupan manusia dan seisi alam termasuk haiwan. Hal ini dapat dibuktikan bukan sekadar dengan penggunaan nama haiwan dalam surah al-Quran seperti surah al-Baqarah, surah al-Fil, surah al-An`am, surah al-Naml, surah al-Nahl dan surah al-Ankabut, bahkan ia mempunyai hikmah yang perlu diketengahkan kepada umum. Penggunaan nama-nama haiwan dalam surah al-Quran seperti ini tentunya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri kerana penciptaan haiwan tersebut turut memberikan sumbangan yang besar dalam kehidupan manusia. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau sejauhmana penggunaan nama haiwan dalam al-Quran dan hubungannya dalam kehidupan manusia. Kepentingan kajian ini adalah untuk menunjukkanhikmah bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap penciptaan haiwan yang perlu dikaji dan diteliti.Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan metodetinjauan. Terdapat dua kaedah kajian yang digunakan iaitu pengumpulan data dan penganalisaan data. Data-data yang dikumpul dan dianalisis kemudiannya akan disimpulkan melalui suatu rumusan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan nama haiwan dalam surah al-Quran mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan penciptaannya dalam kehidupan manusia. Kajian ini dapat menjelaskan hikmah penciptaan haiwan telah memberikan sumbangan yang besar kepada kehidupan manusia. Islam meletakkan nilai yang tinggi terhadap penciptaan haiwan berdasarkan peranan dan sumbangannya kepada kehidupan manusia selain peranan terbesar adalah membekalkan sumber makanan berupa daging, susu dan telur bagi memenuhi kelangsungan kehidupan manusia di dunia.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

BORHAM, A. S., RUSDI, M., & ZAINAL, N. Z. N. (2018). PENGGUNAAN NAMA HAIWAN DALAM SURAH AL-QURAN DAN HUBUNGAN PENCIPTAANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU TINJAUAN. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1171