PESALAH MUDA DI MAHKAMAH SYARIAH: SATU TINJAUANTERHADAPPENGHUKUMAN MENURUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANGSYARIAHDAN MAQASID AL SYARI’AH

Authors

  • MOHD ABU HASAN ABDULLAH

Keywords:

Pesalah muda;Hukuman;Prinsip syariah; Maqasid al Syari’ah;Pemulihan

Abstract

Seksyen 2, Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) mentafsirkan pesalah muda sebagai pesalah yang berumur lebih sepuluh tahun dan di bawah enam belas tahun. Pesalah-pesalah muda yang disabitkan ini akan dihukum dengan hukuman sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh akta atau enakmen syariah di Malaysia. Objektif kajian iniuntukmelihat kepada penghukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah terhadap pesalah muda berdasarkan peruntukan undang-undang yang digunapakai. Dalam pada itu, kajianini jugamengenalpasti masalah yang sedia ada melibatkan penghukuman ke atas pesalah tersebut.Selain itu, kajianini juga melihat kesesuaian hukuman tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh prinsip syariah terutamanya menurutMaqasid al Syari’ah. Metodologi kajian yang digunapakai dalam kajian ini adalah kajian empirikal yang dikupas dalam kerangka kualitatif. Metodologi kajian perpustakaan digunapakai yang mana metodologi-metodologi analisis kandungan dan analisis kritis dilaksanakan ke atas buku, artikel serta laporan kes berkaitan isu hukuman alternatif terhadap pesalah muda dari perspektifundang-undang syariah danMaqasid al Syari’ah. Hasil kajian mendapati ketiadaan penyelarasan dan penyeragaman dalam isu hukuman alternatif yang boleh dianggap setimpal dan bersesuaian untuk dikenakan ke atas pesalah muda yangtelah disabitkan. Akhirnya, kajianinimencadangkan agar peruntukan undang-undang syariah yang digunapakaidanprinsip Maqasid al Syari’ahdiselaraskan serta diseragamkan dalam isu hukuman alternatif yang setimpal dan bersesuaian bagipesalah muda. Ini penting bagi memastikan hukuman yang bakal dikenakan bersifat pemulihanbukan bertujuan pembalasansemata-mataseperti pesalah dewasa

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ABDULLAH, M. A. H. (2018). PESALAH MUDA DI MAHKAMAH SYARIAH: SATU TINJAUANTERHADAPPENGHUKUMAN MENURUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANGSYARIAHDAN MAQASID AL SYARI’AH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1169