USAHA PEMBINAAN PUSAT JAGAAN DARUL WARDAH, JOHOR BERDASARKAN NERACA MAQASID SYARI’AH

Authors

  • SHAKILA AHMAD
  • HARLIANA HALIM
  • SHARIFAH KHADIJAH SYED ABU BAKAR
  • HALIMI MOHD KHALID
  • NUR ZAINATUL NADRA ZAINOL
  • INTAN FARHANA SAPARUDDIN
  • FAUZIAH ANI

Keywords:

Darul Wardah, Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita, Maqasid Syariah, Ḍarūriah al-Khamsah

Abstract

Pusat Jagaan Darul Wardah, Johor (DW) telah diwujudkan pada tahun 2014 bertujuan untuk memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada wanita Islam serta membimbing mereka untuk kembali kepada kehidupan Islam yang syumul. Namun begitu, usaha merealisasikan kewujudan serta melaksanakan aktiviti DW menghadapi persepsi negatif daripada segelintirpihak dalam masyarakat. Ini kerana usaha tersebut dilihat sebagai satu bentuk pembelaan terhadap kelompok wanita dan remaja yang dikategorikan sebagai pelaku jenayah dan berdosa. Bagaimanapun, usaha pembinaan rumah perlindungan dan pemulihan wanita seperti DW sebenarnya merupakan satu keperluan dalam masyarakat yang selari dengan Maqasid Syariahmelalui pemeliharaan ḍarūriah al-khamsah. Justeru kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk menjelaskan hubungan Maqasid Syariah melalui pemeliharaan ḍarūriah al-khamsahdengan matlamat pembinaan, pelaksanaan aktivitidan proses pemulihan di DW. Penulisan kertas kerja ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan, penganalisaan ke atas data yang diperolehi daripada rekod DW, temubual serta lawatan ke lapangan. Hasil daripada penulisan ini diharapkan mampu memperjelaskan kepada masyarakat kedudukan usaha ini dari perspektif syariah Islamiah serta mengubah persepsi negatif mereka terhadap kewujudan rumah perlindungan dan pemulihan wanita. Di samping itu, kertas kerja ini juga diharapkan sedikit sebanyak akan mampu menyuntik rasa endah masyarakat untuk sama-sama mengembeling tenaga dalam kerja-kerja kesukarelawanan khususnya menyokong rumah perlindungan dan pemulihan wanita sebagai satu usaha bagi mencapai kelestarian insan

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

AHMAD, S., HALIM, H., SYED ABU BAKAR, S. K., MOHD KHALID, H., ZAINOL, N. Z. N., SAPARUDDIN, I. F., & ANI, F. (2018). USAHA PEMBINAAN PUSAT JAGAAN DARUL WARDAH, JOHOR BERDASARKAN NERACA MAQASID SYARI’AH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1167