ANALISIS BIBLIOMETRIK TERHADAP BAHAN PENERBITAN BERHUBUNG KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABAWI

Authors

  • NIK MOHD ZAIM AB RAHIM
  • MOHD HAMBALI RASHID
  • ZAHARAH MUSTAFFA

Keywords:

bibliometrik;bahan penerbitan, aplikasi; kaedah berinteraksi, hadith nabawi

Abstract

Hadith Nabi SAW merupakan sumber kedua selepas al-Quran. Ia menjadi sumber ilmu dan hukum dalam dunia keilmuan Islam. Untuk itu, para sarjana muslim di sepanjang zaman berusaha untuk memahami hadith Nabi SAW ini melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi telah dirintis kajiannya.Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan berkenaan kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi yang digariskan oleh beberapa sarjana seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan Muhammad al-Ghazzali.Merujuk dapatan awal sorotan literatur, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi didominasi oleh artikel jurnal. Berdasarkan metode analisis yang dilakukan terhadap kajian terdahulu, kebanyakannya berkisar mengenai prinsip atau kaedah berinteraksi dengan hadith oleh tokoh yang dikaji dan juga melihat secara perbandingan dengan beberapa tokoh lain. Namun, penyelidikan yang bersifat kajian lapangan terhadap aplikasi kaedah ini belum banyak dikaji. Oleh itu, artikel ini merupakan usaha awal kepada penyelidikan aplikasi kaedah berinteraksi dengan hadith nabawi yang merujuk kepada garis panduan yang dihasilkan oleh beberapa sarjana

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

AB RAHIM, N. M. Z., RASHID, M. H., & MUSTAFFA, Z. (2018). ANALISIS BIBLIOMETRIK TERHADAP BAHAN PENERBITAN BERHUBUNG KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABAWI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1166