KERANGKA PEMBANGUNAN KARAKTER DALAM PEMBENTUKAN KREATIVITI REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA KOTA BATAM

Authors

  • SYARIFAH NORMAWATI
  • SITI MARPUAH

Keywords:

Pembangunan, Pembentukan, Karakter, Kreativiti

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkansatu Kerangka Pembangunan Karakter dalam Pembentukan Kreativiti Remaja di Sekolah Menengah Pertama Kota Batam. Kajian ini melibatkan tiga fasa utama yang akan dijalankan untuk proses pembangunan kerangka tersebut iaitu fasa pertama dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah teknik fuzzy delphi yang melibatkan 8 orang pakar pendidikan karakter, manakala untuk mendapatkan konsensus pakar, pengkaji akan melibatkan seramai 15 orang pakar termasuk pakar yang ditemu bual. Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen pentaksiran pendidikan karakter pembinaan kerangka. Fasa kedua dijalankan dengan kaedah kuantitatif di mana soal selidik diberikan kepada pelajar dan pensyarah di Sekolah Menengah Pertama Kota Batam, untuk mengenalpasti kesahan Kerangka Pembangunan Karakter dalam Pembentukan Kreativiti Remaja di Sekolah Menengah Pertama. Fasa ketiga melibatkan analisa dan persembahan data yang dilakukan menggunakan principal component analysis (PCA) bagi mengesahkan kerangka karakter kreativiti

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

NORMAWATI, S., & MARPUAH, S. (2018). KERANGKA PEMBANGUNAN KARAKTER DALAM PEMBENTUKAN KREATIVITI REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA KOTA BATAM. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1164