KEPENTINGAN ELEMEN BEAT SHEET DALAM STRUKTUR NARATIF FILEM AKSI

Authors

  • ROSLI SAREYA
  • ZAIRUL ANUAR MD DAWAM
  • DAYANG MARYAMA AG DAUD
  • M FAZMI HISHAM
  • ADDLEY BROMEO BIANUS

Keywords:

Struktur Naratif,elemen,beat sheet, Stail, Shot

Abstract

Kajian ini akan merungkaikan kepentingan elemen beatsheetdalam sesebuah filem aksi. Penggunaan beatsheetadalah bertujuan untuk mengetahui elemen dan struktur naratif dalam sesebuah adegan yang seterusnya menyokong dalam membangunkan sesebuah filem genre aksi. Kaedah kualitatif yang digunakan adalah untuk menentukan elemen beat sheetdalam sesebuah cerita. Black Snyder’s (2010) menyarankan bahawa elemen-elemen skrip yang juga dipanggil sebagai beat sheetperlu dihasilkan dengan lebih tersusun dan sempurna untuk memastikan penghasilan sesebuah skrip filem yang berkualiti dan seterusnya mampu menjadikan sesebuah filem itu mencapai kutipan box officesemasa tayangannya. Stail adalah melihat kepada bahasa filem yang digunakan dalam sesebuah adegan yang merangkumi audio, shot, penyuntingan dan aspek mise en sceneyang lain. Namun elemen beat sheetharus dititikberatkan oleh penulis skrip dalam penghasilan sesebuah filem. Penulis skrip harus peka dan tahu susunan elemen beat sheetdalam sesebuah filem agar penceritaan sesebuah filem mencapai matlamat yang diinginkan. Pelbagai kajian telah dibuat berhubung dengan penghasilan skrip filem di Malaysia. Namun tiada penekanan pada elemen beat dalam sesebuah filem. Justeru, artikel ini akan memfokuskan kepada kepentingan elemen beat sheetdan struktur naratif dalam sesebuah skrip filem aksi. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara lebih terperinci berdasarkankepada kaedah analisis menerusi penontonan berterusan dengan melihat secara stop motioniaitu meneliti frame by framegambar dalam setiap adegan di dalam beberapa buah filem aksi luar Negara

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

SAREYA, R., MD DAWAM, Z. A., AG DAUD, D. M., HISHAM, M. F., & BIANUS, A. B. (2018). KEPENTINGAN ELEMEN BEAT SHEET DALAM STRUKTUR NARATIF FILEM AKSI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1156