KAEDAH AKTIF KOMUNIKATIF DALAM PENGUASAAN KOMUNIKASI BAHASA ASING

Authors

  • SITI MARPUAH
  • HABIBAH AWANG

Keywords:

Penguasaan,Komunikasi,kaedah aktif komunikatif.

Abstract

Penguasaan bahasa Arab terutama dalam pertuturan merupakan salah satu matlamat utama pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah agama mahupun pondok pesantren yang ada di Indonesia.Kaedah Aktif Komunikatif (KAK) merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar menguasai pertuturan bahasa Arab, kaedah ini juga telah lama dijalankan di Pondok Pesantren Wali Songo (PPWS). Tujuan kajian ini adalah mengetahui bagaimanakah proses pelaksanaan KAK serta melihat masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan KAK. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan 12 orang peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pelaksanaan KAK ada dua iaitu di dalam kelas dan diluar kelas dengan melalui pelbagai aktiviti seperti penambahan kosa kata dan kalimat, soal jawab, penyelesaian masalah, muhadharah, muhadatsah dan sebagainya. Selain itu juga melibatkan pelbagai pihak seperti pelajar, rakan sebaya, muharrikah al-Lughah, guru serta pengetua. Kelemahan penggunaantata bahasa Arab (Nahwu & Sharf ) merupakan salah satu masalah yang dihadapi pelajar, selain itu lupa bertutur bahasa Arab serta malu dan takut salah juga menjadi masalah dalam pelaksanaan KAK.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

MARPUAH, S., & AWANG, H. (2018). KAEDAH AKTIF KOMUNIKATIF DALAM PENGUASAAN KOMUNIKASI BAHASA ASING. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1155