TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM DI JOHOR MENGIKUT PERSPEKTIF PELAJAR

Authors

  • MUHAMMAD SYAMAIZAR BILAH
  • NUR FARHANA MOHD HAMA
  • FARISA JAZIMA MAT YUSOF

Keywords:

Kemahiran Insaniah; pelajar; tahap

Abstract

Era globalisasi pada masa kini menyebabkan permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti semakin tinggi. Pihak majikan pada hari ini tidak lagi memilih graduan yang memiliki pengetahuan yang tinggi semata-mata tetapi mesti menguasai elemen kemahiran insaniah pada tahap yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Johor daripada segi elemen etika dan moral, kerja berpasukan, komunikasi, kreatif dan inovatif dan keusahawanan menurut perspektif pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 187 orang pelajar di KKTM Sri Gading. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi item maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah pelajar KKTM mengikut perspektif pelajar berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar KKTM mengikut persepsi pelajar adalah pada tahap yang tinggi

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

BILAH, M. S., MOHD HAMA, N. F., & MAT YUSOF, F. J. (2018). TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM DI JOHOR MENGIKUT PERSPEKTIF PELAJAR. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1153