PENGARUH FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP GAYA KOGNITIF KREATIF, PENGAMALAN KREATIVITI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR AKADEMIK

Authors

  • FARIDAH MOHD SOPAH
  • ROSLY KAYAR
  • ABD SHAKOR BORHAM

Keywords:

Pelajar pintar akademik;Faktor-faktor persekitaran; Gaya kognitif; Amalan kreativiti dan pencapaian

Abstract

Kelompok pelajar pintar akademik merupakan modal insan yang dikenal pasti berpotensibesarmenyumbang kepada kemajuan negara. MelaluiPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu transformasi melalui sistem Pendidikan Pintar Cerdas denganmemberi perhatian kepada aspek kreativitidan inovasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pastisumbangan faktor-faktor persekitaran terhadap gaya kognitif kreatif, pengamalan kreativiti dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar pintar akademik. Kajian berbentukkuantitatif ini menggunakan tiga instrumen iaitu instrumen faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kreativiti, instrumen gaya kognitif dan pengamalan kreativiti. Sampel kajian melibatkan seramai 544 orang pelajar Tingkatan 4 yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Dapatan kajian menunjukkan keputusan ujian F adalah signifikan F=54.32, p=0.000, sebanyak 42% daripada varians faktor persekitaran berhubung secara linear dan menjadi peramal terhadap gaya kognitif kreatif. Berdasarkan hasil analisis, nilaiBeta menunjukkan bahawa pekali regresi bagi komponen pengaruh sekolah adalah paling tinggi (β=0.28, t=6.05, p=0.000).Dapatan juga menunjukkan keputusanujian Fadalah signifikan F=54.32, p=0.000, iaitu hanya 37% varian pengaruh faktor persekitaran yang berhubung secara linear dan menjadi peramal terhadap pengamalan kreativiti. Analisis regresi menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas iaitu gaya kognitif kreatif adalah signifikan dengan pencapaian pelajar. Dapatan hasil analisis menunjukkan pemboleh ubah peramal yang menyumbang dengan signifikan ke atas pencapaian ialah gaya kognitif kreatif (β=24.476, t=2.576, p=0.010). Kajian ini memberikan gambaran bahawa aspek persekitaran merupakan agen penting dalam perkembangan seseorang pelajar.Pengaruh yang wujud dalam persekitaran seperti keluarga, sekolah, guru, budaya, rakan sebaya dan perubahan yang wujud di sekeliling mereka akan memberi kesan kepada perkembangan kreativiti pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

SOPAH, F. M., KAYAR, R., & BORHAM, A. S. (2018). PENGARUH FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP GAYA KOGNITIF KREATIF, PENGAMALAN KREATIVITI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR AKADEMIK. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1152