KEBERKESANAN PERANAN GURU DALAM PENGHAYATAN AKHLAK PELAJAR MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Authors

  • SITI AMINAH AHMAD
  • ZETY AZLIN ELIAS
  • RAIKHAN MORMIN

Keywords:

Penghayatan akhlak; Al-Ghazali; peranan guru

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau keberkesanan peranan guru dalam membantu pelajar di Sekolah Agama Zon 1, Johor Bahru dalam penghayatan akhlak menurut Imam Al-Ghazali. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti penghayatan akhlak pelajar serta mengetahui keberkesanan dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian deskriptif ini dilaksanakan secara tinjauan (survey) melalui sesi soal selidik terhadap 200 orang murid di enam buah sekolah agama yang berada di dalam Zon 1,Johor Bahru.Pengkaji menggunakan kaedahsoal selidik sebagai instrumen kajianbagi memperolehi jawapan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan. Data yang terkumpul melalui soal selidik dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 21. Melalui analisis yang dijalankan, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa para guru bagi enam buah sekolah Agama Zon 1,Johor Bahru telah memainkan peranan yang sangat efektif dalam membantu para pelajar mereka dalam penghayatan akhlak menurut Imam Al-Ghazali. Ini dapat dilihat daripada pencapaian nilai min skor yang dicatatkan dalam keupayaan pelajar dalam memahami penghayatan konsep akhlak menurut Imam Al-Ghazali, amalan akhlak dalam kalangan pelajar serta keberkesanan penghayatan akhlak menurut Imam Al-Ghazali dalam Pendidikan Islam yang majoritinya adalah pada tahap yang tinggi dan memuaskan.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

AHMAD, S. A., ELIAS, Z. A., & MORMIN, R. (2018). KEBERKESANAN PERANAN GURU DALAM PENGHAYATAN AKHLAK PELAJAR MENURUT IMAM AL-GHAZALI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1144