PEMIKIRAN FIQH ULAMA KITAB JAWI TERPILIH

Authors

  • RAHIMIN AFFANDI ABDUL RAHIM
  • MOHD IKHLAS ROSLEE
  • MUHAMAD SAYUTI MANSOR
  • SITI MAIMUNAH HJ KAHAL
  • AHMAD FARID ABD JALAL
  • ABD HALIM ISMAIL
  • HUZAIMAH ISMAIL
  • AHNAF SAID

Keywords:

Fiqh; Kitab Jawi; Alam Melayu;Fiqh Tempatan

Abstract

Kedatangan ajaran Islam ke Alam Melayu telah menyebabkan berlakunya interaksi di antara ajaran Islam dengan kebudayaan sedia ada masyarakat Melayu. Hal ini telah menyebabkan para mubaligh Islam awal serta para ulama tempatan yang lebih terkemudian terpaksamengambil kira perbezaan realiti tersebut dan menyesuaikannya dengan ajaran Islam yang cuba disampaikan sehingga melahirkan sistem fiqh yang tersendiri dan unik. Namun begitu, terdapat kecenderungan daripada beberapa pihak untuk merendahkan peranan para ulama tersebut serta hasil-hasil karya mereka dalam menyumbang terhadap pembentukan world-view serta tradisi keilmuan yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Melayu. Secara umumnya, pandangan ini cuba merendahkan peranan kitab Jawi para ulama silam sebagai sebuah korpus ilmu serta warisan intelektual yang tulen dengan anggapan bahawa ianya hanyalah hasil peniruan secara total dari tradisi fiqh Timur Tengah pada zaman taqlid. Oleh itu, kajian ini akan cuba untuk membuktikan sumbangan besar yang telah dimainkan oleh para ulama Alam Melayu silam melalui warisan kitab Jawi mereka dalam membina world-view serta pemikiran rasional dan ilmiah dalam kalangan masyarakat. Beberapa kitab Jawi terpilih akan dianalisis isi kandungannya berdasarkan epistemologi hukum Islam untuk melihat sejauh mana sumbangan serta keasliannya dalam membentuk world-view masyakarat Alam Melayu. Hasil kajian ini mendapati bahawa walaupun tidak dapat dinafikan terdapat pengaruh budaya taqlid daripada Timur Tengah, namun kitab Jawi tetap mempunyai keistimewaan dan keasliannya yang tersendiri dalam membentuk pemikiran fiqh Islam sesuai dengan nilai-nilai setempat

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ABDUL RAHIM, R. A., ROSLEE, M. I., MANSOR, M. S., HJ KAHAL, S. M., ABD JALAL, A. F., ISMAIL, A. H., ISMAIL, H., & SAID, A. (2018). PEMIKIRAN FIQH ULAMA KITAB JAWI TERPILIH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1142