PEMANTAPAN NILAI DISIPLIN MELALUI KAEDAH BIOFEEDBACK DALAM KALANGAN MAHASISWA
Keywords:
Integriti,disiplin,biofeedback, heart rate variabilityAbstract
Secara umumnya, bagi mencapai status negara maju tahap kesejahteraan masyarakat perlu berada ditahap yang tinggi. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Elemendisiplinmerupakan suatu jenis latihan yang bertujuan melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang, menghormati hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan nilai ini dalam kalanganindividu. Persoalannya adakah fungsi yang dimainkan ini berjaya meningkatkan tahap disiplindi Malaysia?. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur tahap disiplinindividu menggunakan sifat skor spektrum kuasa Heart Rate Variability(HRV). Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mahasiswa telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik.Protokol biofeedbackdijalankan ke atas peserta. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengenalpasti perubahan tahap peningkatan disiplindalam dirimereka melalui keupayaan bekerja, berdaya usaha serta fokusdalam menjalankan kehidupan seharian. Hasil dapatan mendapati peserta berjaya meningkatkan tahap pengawalan diri mereka melalui bacaan HRV dan seterusnya membantu meningkatkan tahap tanggungjawab peserta