Memahami Akal Budi Kaum Orang Asli Suku Kuala Melalui Pantun: Dari Pulau Sialu, Batu Pahat ke Sungai Layau, Kota Tinggi

Authors

  • SHAH RUL ANUAR NORDIN
  • MOHD AKBAL ABDULLAH
  • ZAHRUL AKMAL DAMIN
  • FAUZIAH ANI
  • LUTFAN JAES
  • KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY
  • SITI SARAWATI JOHAR
  • SHARIFAH KHADIJAH SYED ABU BAKAR

Keywords:

Akal Budi; OrangAsliKuala;Pantun; Pulau Sialu.

Abstract

Terdapatpantun-pantun Melayuyang dikaitkan dengan keberadaan Pulau Sialudi Batu Pahat. Namun masyarakat pada hari inikurang maklum dan mengetahui tentang pantun yang dikaitkan dengan PulauSialutersebut. Dari segi lokasi, Pulau Sialu terletak di muara Sungai Batu Pahat dan ia diduduki oleh kaum Orang Asli suku Kualapadasuatu masa dahulu. Akan tetapi, kini kaum Orang Asli suku Kuala ini telah berhijrah ke SungaiLayau, Kota Tinggi. Perpindahan kaum ini turut membawa penghijrahan budaya berpantun dan ia memberi implikasi kepada terhadnya maklumat kepada akal budi kaum Orang Asli inimenerusi pantun. Justeru, kajian ini bertujuanuntuk mengumpul pantun dalam kalangan Orang Asli suku Kuala dan melihat kearifan lokal kaum inisebagaimana yang terpancar di dalam pantun. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedahtemubual tidak berstruktur ke atas kaum Orang Asli suku Kuala di Sungai Layau Kota Tinggi, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan hasil temubual daripada tiga orang informan.Dapatan kajian ini menunjukkan hanya tigaorang warga emaskaum Orang Asli suku Kuala yang tahu berpantun. Pembayang pantun daripada informan-informanbanyak dipengaruhioleh unsur alam sekeliling iaitu flora dan fauna yang melatari kehidupan mereka. Konklusinya, akal budi kaum Orang Asli suku Kuala jelas terpancar dalam pantun-pantun yang dipantulkan melalui cerminan berunsurkan‘alam’. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada usaha mempotretkan pantun-pantun milik kaum Orang Asli suku Kuala

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

NORDIN, S. R. A., ABDULLAH, M. A., DAMIN, Z. A., ANI, F., JAES, L., MOHD SUHAIMY, K. A., JOHAR, S. S., & SYED ABU BAKAR, S. K. (2018). Memahami Akal Budi Kaum Orang Asli Suku Kuala Melalui Pantun: Dari Pulau Sialu, Batu Pahat ke Sungai Layau, Kota Tinggi. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1138