HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN KETUA PENDIDIKAN YANG DOMINAN DENGAN KEPUASAN KERJA PENSYARAH DI POLITEKNIK

Authors

  • SHAMSAADAL SHOLEH SAAD
  • FAUZIAH BASOK
  • ZAHRUL AKMAL DAMIN
  • HUSSAIN OTHMAN
  • HARLIANA HALIM
  • SHAHIDAH HAMZAH

Keywords:

Tingkahlaku;ketua pendidikan;kepuasan kerja.

Abstract

Terdapat banyak konflik yang terjadi di antara pensyarah dengan pihak pentadbiran organisasi di dalam sesebuah institusi pendidikan tinggi. Konflik yang berlaku adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati para pensyarah terhadap pelaksanaan dan pentadbiran yang dijalankan oleh pemimpin mereka. Kajian ini dijalankan ke atas pensyarah di beberapa buah politeknik iaitu Politeknik Johor Baharu, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Rekabentuk kajian adalah secara kuantitatifyang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 257orang pensyarah terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak.Analisis Korelasi Pearson dan skor min digunakan untuk melihat hubungan di antara pembolehubah yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan tingkah laku kepimpinan ketua yang dominan ialah mementingkan kualiti kerja dengan nilai min=3.99. Tahap kepuasan kerja pensyarah secara keseluruhannyaadalah tinggi iaitu min=3.87. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tingkah laku kepimpinan ketua yang dominan dengan kepuasan kerja pensyarah di politeknik iaitu r = 0.496. Kesimpulannya ketua di politeknik sangat mementingkan kualiti kerja dan mendapat sokongan pensyarah untuk menghasilkan produktiviti organisasi yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam kalangan pensyarah

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

SHOLEH SAAD, S., BASOK, F., DAMIN, Z. A., OTHMAN, H., HALIM, H., & HAMZAH, S. (2018). HUBUNGAN TINGKAH LAKU KEPIMPINAN KETUA PENDIDIKAN YANG DOMINAN DENGAN KEPUASAN KERJA PENSYARAH DI POLITEKNIK. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1136