JENAYAH MENGGUGAT KELESTARIAN WANITA

Authors

  • ASBAH RAZALI
  • SITI NOR AZHANI MOHD TOHAR
  • FAUZIAH ANI

Abstract

Isu jenayah dan wanita dilihat semakin meningkat. Kes-kes jenayah yang melibatkan wanita menjadi mangsa utama termasuklah kes cabul, rogol, ragut, keganasan rumah tangga, pembunuhan, penderaan dan masalah pemerdagangan manusia contohnya wanita dijadikan sebagai keldai dadah dan terlibat dalam aktiviti pelacuran. Hal ini amat membimbangkan kerana kelemahan wanita telah menjadikan mereka sebagai sasaran sama ada dalam bentuk keganasan ataupun mangsa eksploitasi semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada pihak tertentu. Terdapat kes jenayah terhadap wanita yang dilaporkan menunjukkan adanya mangsa yang meninggal dunia akibat daripada jenayah yang semakin berleluasa. Hal ini bermakna kes jenayah terhadap wanita pada masa ini bukan hanya mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada mangsa tetapi juga boleh mengakibatkan kematian. Lebih dikesali, kebanyakan kes jenayah tersebut dilakukan oleh individu yang dikenali dan merupakan orang yang dipercayai dalam kehidupan wanita. Kurangnya pendedahan kepada masyarakat mengenai kes-kes jenayah yang melibatkan wanita sebagai mangsa menyebabkan jenayah terhadap wanita dipandang remeh dan tidak serius walhal peningkatan jenayah terhadap wanita meningkat tahun demi tahun. Hal ini mengundang persoalan apakah bentuk perlindungan terutamanya dari segi undang-undang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada kaum wanita untuk membela nasib kaum wanita. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai isu jenayah dan wanita serta perlindungan dan undang-undang yang sedia ada di Malaysia untuk menangani jenayah terhadap kaum wanita.

Keywords: Jenayah; Wanita; Kelestarian; Kecederaan Fizikal dan Mental

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

RAZALI, A., MOHD TOHAR, S. N. A., & ANI, F. (2018). JENAYAH MENGGUGAT KELESTARIAN WANITA. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1134