USAHAWAN SENI KHAT SUATU PROSPEK KERJAYA DAN KEPERLUAN BAGI MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • ABDUL HALIM HASAN
  • ABD RAHMAN HAMZAH
  • ABD BASIT ABD SAMAT@DARAWI
  • AMINUDIN HEHSAN

Keywords:

Usahawan, seni Khat, pendidikan, kualiti, permintaan

Abstract

Masyarakat yang mempunyai lebih ramai usahawan merupakan masyarakat yang terbaik kerana mereka berdayasaingsertadinamikbagi mencapai kesejahteraan hidup. Antara bidang keusahawanan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat kini ialah bidang seni khat. Walaupun semakin banyakpermintaan dansemakin banyak produk yang dihasilkan namun, isu kualiti dan keesahan produk kurang diberikan perhatian yang sewajarnya. Penyelidikanini dijalankan bagi mengenalpasti sistempembelajaran seni khat yang wujud di dalam negara, menilai kejayaan institusi pendidikan seni khat tempatan dalam melatih dan melahirkan penulis serta usahawan khat berkualiti dan mengenalpasti potensi dan peluang keusahawanan bidang seni khat. Metod yang digunakan ialah temubual (kuantitatif) dan soalselidik (kualitatif) terhadap seramai 14 orang usahawan seni khat tempatan dari pelbagai negeri di Malaysia. Penyelidikan juga merujuk kepada bahan-bahan kepustakaan (library research) bagi meneliti sejarah seni khat serta institusinya. Hasil penyelidikanmendapati pengajian seni khat secara formal adalah asas kepada lahirnya penulis khat yang berkualiti dan berdaya saing. Pendidikan seni khat formal dan terancang ini membuka ruang baru bidang keusahawanan danmeningkatkan keyakinan pelanggan. Dalam masa yang sama, ia merupakan langkah bagi memenuhi tanggungjawab memelihara warisan Jawi dan kesenian Islamyang diwariskan oleh generasi terdahulu

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

HASAN, A. H., HAMZAH, A. R., ABD SAMAT@DARAWI, A. B., & HEHSAN, A. (2018). USAHAWAN SENI KHAT SUATU PROSPEK KERJAYA DAN KEPERLUAN BAGI MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1132