PERANAN DAN PENERIMAAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA

Authors

  • FADILLAH ISMAIL
  • SITI SARAH OMAR
  • SITI SARAWATI JOHAR
  • KHAIROL ANUAR KAMRI
  • ZAHRUL AKMAL DAMIN

Keywords:

Peranan, KesatuanSekerja, XYZSdn Bhd

Abstract

Kesatuan sekerja merupakan persatuan pekerja yang berkerjasama untuk memperbaiki keadaan di tempat kerja dari segi ekonomi, sosial dan hak asasi manusia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kesatuan sekerja dalam menggalakkan perhubungan pekerja dalam organisasi, selain itu kajian ini turut mengkaji faktor-faktor penyertaan pekerja ke dalam kesatuan sekerja dari tiga faktor iaitu persekitaran sosial,keadilan hak pekerja dan peningkatan ekonomi serta tahap penerimaan pengurusan atasan terhadap kesatuan sekerja. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 64orang pekerja yang merupakan ahli-ahli kesatuan sekerja di XYZSdn Bhd. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS (Stastical Pakage For Social Science) melalui kaedah deskriptif iaitu menggunakan nilai peratusan dan analisis min. Hasil kajian menunjukkan peranan kesatuan sekerja signifikan dalam mewakili pekerja dengan bacaan min paling tinggi iaitu 3.64. Selain itu,dapatan kajian menunjukkan faktor peningkatan ekonomi paling signifikan dalam penyertaan pekerja dalam kesatuan sekerja dengan bacaan min paling tinggi 3.58. Kajian ini juga menggunakan kaedah temubual di antara majikan (pihak pengurusan) dan ketua kesatuan sekerja. Hasil daripada analisis temubual mendapati pihak pengurusan menerima baik kewujudan kesatuan sekerja dalam organisasi ini.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ISMAIL, F., OMAR, S. S., JOHAR, S. S., KAMRI, K. A., & DAMIN, Z. A. (2018). PERANAN DAN PENERIMAAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1130