FALSAFAH WAKAF PENDIDIKAN TINGGI ; ANALISIS EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI

Authors

  • NOOR HISYAM MD NAWI
  • MARWAN ISMAIL
  • MOHD KAMIL AHMAD

Keywords:

Wakaf, pendidikan tinggi, wakaf pendidikan tinggi, falsafah dan sistem pendidikan

Abstract

Wakaf pendidikan tinggi mula mendapat perhatian serius dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi negara yang tidak serancak sebelumnya. Kemunculannya menjadi sebahagian daripada solusi alternatif khususnya dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia. Pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dalam dunia pendidikan moden secara tidak cermat dikhuatiri tidak selari dengantujuan dan falsafah wakaf pendidikan tinggi yang sebenar. Perbincangan dimulakan dengan menyingkap semula konsep wakaf dan pendidikan, asal usul dan tujuan terakhirsetiapnya. Penulisan ini menggunakan kaedah penyelidikan falsafah dialektik yang mengandungi tiga proses utama iaitu analisis, sintesis dan kritis. Lima fokus utama diberikan untuk memahami falsafah wakaf pendidikan tinggi iaitu pengertian konsep wakaf pendidikan, asal usul atau sumber kewujudannya, hubungan dan perkaitan antara konsep wakaf dan gagasan pendidikan tinggi, tujuan sebenar wakaf pendidikan tinggi dan implikasi konsep wakaf pendidikan tinggi terhadap sistem pendidikan Islam. Konsep wakaf pendidikan tinggi seharusnya bersambungan dengan tujuan sebenar pendidikan menurut pandangan alam Islam sesuai dengan asal usul wakaf yang bersumberkan wahyu. Wakaf dan pendidikan tinggi mempunyai hubungan yang tersendiri berdasarkan epistemologi dan aksiologi Islam. Dengan kefahamantersebut,gagasan wakaf pendidikan tinggi memberi impak yang signifikan kepada sistem pendidikan tinggi khususnya dalam suasana pendidikan moden hari ini

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

MD NAWI, N. H., ISMAIL, M., & AHMAD, M. K. (2018). FALSAFAH WAKAF PENDIDIKAN TINGGI ; ANALISIS EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1127