KEPERLUAN HUKUMAN ALTERNATIF TERHADAP PENYELESAIAN KRISIS AKHLAK DI MALAYSIA; ANALISIS PENDEKATAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Authors

  • ADIBAH BAHORI
  • SITI ZUBAIDAH ISMAIL
  • NIK KHAZARITA NIK MD KHALIB

Keywords:

Hukuman Alternatif, Krisis akhlak, Undang-undang Syariah

Abstract

Masyarakat di Malaysia pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkahlaku dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, kesalahan khalwat, persetubuhan luar nikah dan zina yang akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Kesalahan jenayah syariah membabitkan tatasusila atau akhlak merupakan kategori kesalahan yang sering mendapat perhatian jika dibandingkan dengan kategori lain. Hukuman yang terhad di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Malaysia sering kali diperdebatkan kerana dilihat gagal memberikanimpakpositif sama ada kepada pesalah mahupun kepada masyarakat. Justeru, pelaksanaan hukuman alternatif dapat memberi pilihan kepada mahkamah syariah dalammenghadapi kekangan bentuk hukuman sedia ada dengan matlamat untuk memulihkanpesalah berbanding menghukum mereka semata-mata.Kajian ini dibuat bagi mencari penyelesaian terhadap krisis akhlak melalui pendekatan hukuman alternatif di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti perintah pemulihan dan hukumankhidmat masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pelaksanaan perintah pemulihan dan khidmat masyarakat wajar direalisasikan serta dilihat mampu memberi implikasi positif bukan sahaja terhadap pesalah, malah terhadap masyarakat dan institusi kehakiman. Persoalannya, sejauhmana implementasi atau pelaksanaan perintah tersebut digunapakai dalam institusi Mahkamah Syariah di Malaysia

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

BAHORI, A., ISMAIL, S. Z., & NIK MD KHALIB, N. K. (2018). KEPERLUAN HUKUMAN ALTERNATIF TERHADAP PENYELESAIAN KRISIS AKHLAK DI MALAYSIA; ANALISIS PENDEKATAN UNDANG-UNDANG SYARIAH. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1126