Kajian Kritik Terhadap Al-Quran: Faktor-Faktor Pembentukan Pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd (1943-2010)

Authors

  • NUR ZAINATUL NADRA ZAINOL
  • LATIFAH ABDUL MAJID

Keywords:

Pemikir moden, faktor pemikiran, tokoh liberal, kajian analisis kandungan.

Abstract

Nasr Hamid Abu Zayd dikenali sebagai seorang tokoh yang lantang mengkritik al-Quran pada abad ini. Beliau mempunyai metode yang tersendiri ketika mentafsir al-Quran iaitu mengaplikasi hermeneutik dengan menerapkan elemen humanistic. Idea ini telah mencetuskan kontroversi di Mesir sehingga pemikirannya membawa kepadapertuduhan murtad ke atasnya.Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemikiran Abu Zayddan perjuang tokoh dalam mengaplikasi hermeneutic kepada al-Quran. Pemikiran beliau dalam aplikasihermeneutik humanistik kepada al-Qurantelah merubah makna dan struktur hukum al-Quran. Justeru, bagi menggali terbentuknya pemikiran Abu Zayd, terdapat beberapa faktor utama yang dikaji iaitu pengalaman hidup yang meliputi sejarah kehidupan sejak lahir dan latar belakang keluarga, serta pengetahuan secara tidak langsung dan juga secara langsung. Kajian ini juga merupakan kajian kualitatif dan proses mendapatkan data adalah menerusi metode dokumentasi. Bagi menganalisi data, metode induktif, dan deduktif telah dijalankan dalam melihat kepada masa lalu dan sejarah keluarga dan juga akademik tokoh. Justeru, hasil kajian mendapati, terdapat alasan-alasanyang signifikan dalam pembentukan pemikiran Abu Zayd yang secara keseluruhannyadapat difahami faktor sosial iaitu tekanan kehidupan di Mesirdan faktor akademikyang terlalu terpengaruh dengan ideologi Baratmenjadi faktor utama dalam pembentukan pemikiran tokohsehingga membawa kepada pemikiran libera

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ZAINOL, N. Z. N., & ABDUL MAJID, L. (2018). Kajian Kritik Terhadap Al-Quran: Faktor-Faktor Pembentukan Pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd (1943-2010) . Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1124