Elemen Kerohanian Melalui Kepimpinan Islam Dalam Organisasi Pendidikan Menjana Pembangunan Ummah

Authors

  • SITI KHADIJAH
  • AHMAD MARZUKI MOHAMMAD

Keywords:

kepimpinan Islam; spiritual; kerohanian; organisasi pendidikan

Abstract

Spiritual (kerohanian) dalam kepimpinan Islam berperanan penting yang merangkumi implementasi amal ibadah disamping tugas yang dipertanggungjawabkan demi mencapai hala tuju organisasi yang cemerlang. Islam sangat menitik beratkan penerapan kerohanian dalam amalan kepimpinan khususnya dalam organisasi pendidikan Islam yang bertujuan untuk mendidik dan melahirkan modal insan yang bertaqwa kepada Allah SWTselain membimbing ahli organisasi. Penghayatan terhadap kerohanian berupaya memberi kesedaran terhadap seruan amar maaruf dan nahi munkar serta mendorong ahli organisasi meningkatkan motivasi diri disamping pengabdian diri kepada Allah SWT. Dalam kajian ini,didapati bahawa kepimpinan spiritual (kerohanian) mengandungi elemen ketuhanan, akal fikirandan akhlak yang diterjemahkan berasaskan al-Quran dan as-sunnah serta sarjana Islam. Penerapan amalan kerohanian dalam kalangan pemimpin organisasi secara istiqamah (konsisten) berupaya membentuk keseimbangan dalaman dan luaran para pengikutnya disamping mempertingkatkan tahap motivasi dalam mengimplementasi tugas yang telah diamanahkan. Amalan kerohanian yang diterapkan berupaya memberi impak yang positif kepada pemimpin dan ahli organisasi sebagai usaha untuk menjana pembangunan ummah yang bertamadun disamping mengekalkan budaya Islam dalam kehidupan.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

KHADIJAH, S., & MOHAMMAD, A. M. (2018). Elemen Kerohanian Melalui Kepimpinan Islam Dalam Organisasi Pendidikan Menjana Pembangunan Ummah. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1123