Kelestarian Ekonomi dalam Memperjuangkan Survivality Bagi Kaum Orang Asli Suku Kuala di Sungai Layau, Kota Tinggi

Authors

  • ZAHRUL AKMAL DAMIN
  • MOHD AKBAL ABDULLAH
  • FAUZIAH ANI
  • LUTFAN JAES
  • KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY
  • SITI SARAWATI JOHAR
  • SHAH RUL ANUAR NORDIN
  • SHARIFAH KHADIJAH SYED ABU BAKAR

Keywords:

Ekonomi, Kelestarian, Orang Asli, Peminggiran, Survivality

Abstract

Peminggiran dalamkalangan Orang Asli merupakan isu yang sering diperdebatkan dari sudut pembangunanyang lestari. Kaum ini dilihat terpinggir dan kerap dilabelkan mempunyai kehidupan yang mundur. Lebih kritikal daripada hal tersebut adalah persoalan berhubung bagaimana Orang Asli mampu meningkatkan kehidupan mereka dalam pembangunan yang modenagar tidak ketinggalan.Rentetan daripada permasalahan ini, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji kelestarian ekonomiOrang Asli dalam memperjuangkan survivality. Sehubungan itu, pendekatan kualitatitif adalah digunapakai dengan melaksanakan temubual informan dan pemerhatian ke atas kaumOrang Asli suku Kualadi Sungai Layau Kota Tinggi, Johor. Temubual yang melibatkan 13 informan dan pemerhatian secara langsung ini dilaksanakan selama tujuh hari iaitu pada 8 hingga 10 Jun 2017 serta 19 hingga 22 Julai 2017. Hasil daripada analisis mendapati terdapat empattema dalamkelestarianekonomi untuk kaum ini memperjuangkan survivalityiaitu (i) ekonomi berasaskan nelayan, (ii) ekonomi berasaskan dividen kelapa sawit,(iii) ekonomi berasaskan pekerjaan tetap, dan (iv) ekonomi berasaskan perindustrian desa. Keempat-empatpunca pendapatan ekonomi ini telah memberi makna kepada kehidupan Orang Asli dan pada masa yang sama ianya menafikan bahawa Orang Asli sukuKualadi Sungai Layau hidup dalam keadaan terpinggir serta mundur. Konklusinya, kaumOrang Asli suku Kualadi Sungai Layaumempunyai landasan aktiviti ekonomi yang lestaribagi tujuan kelangsungan hidup. Namunbegitu, jurang ekonomi dalam kaumini perlu dikecilkan untuk membolehkan setiap lapisan kaummendapat faedah daripada pemodenan. Oleh itu, diharapkan hasil kajian ini dapat membantu pihak pembuat dasar dan pelaksana pembangunan untuk merangka program yang mampu memperkasa kaumini dari aspek kelestarianekonomi serta pada masa yang sama dapat melindungi kehidupan kaumistimewa ini.

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

DAMIN, Z. A., ABDULLAH, M. A., ANI, F., JAES, L., MOHD SUHAIMY, K. A., JOHAR, S. S., NORDIN, S. R. A., & SYED ABU BAKAR, S. K. (2018). Kelestarian Ekonomi dalam Memperjuangkan Survivality Bagi Kaum Orang Asli Suku Kuala di Sungai Layau, Kota Tinggi. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1122