Nilai “Perkauman/Kemasyarakatan” Sebagai Alat Pembangunan Soeharto Di Indonesia

Authors

  • LUTFAN JAES
  • FADILLAH ISMAIL
  • ZAHRUL AKMAL DAMIN
  • FAUZIAH ANI
  • KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY

Keywords:

Soeharto, Sistem nilai, Akal budi tempatan, Perkauman/Kemasyarakatan

Abstract

Kertas kerja ini memerihalkan Soeharto dan sistem nilai. Ia melihat peranan akal budi tempatan (local wisdom) sebagai nilai teras dalam membentuk watak kepimpinan seterusnya corak pembangunan Soeharto di Indonesia. Satu (1)penggal pemerintahan beliau dijadikan kajian untuk mengenal pasti, menyenaraikan dan menjelaskan sumber akal budi tempatan yang dominan. Metod penganalisisan ialah analisis kandungan dengan menghuraikan rangkaian teks “Pidato Akhir Tahun”, “Pidato Kenegaraan” dan “Ucapan Partai”. Analisis awal pada mulanya melihat keutamaan nilai di setiap rangkaian teks yang disampaikan. Kemudian petikan kata setiap “perenggan teks” dianalisis lebih teliti bagi tujuan pengelompokan dimensi-dimensi (Dimensi Nilai) tertentumerujuk kepada perbahasan Nilai Asia. Perenggan teks di baca pada kali yang akhir bagi mengenal pasti nilai-nilai terbitan yang terhasil dari setiap Dimensi Nilai. Pengekodan data dilakukan dengan bantuan perisian Archive for Technology, the Life World and Everyday Language. Text Interpretation (ATLAS).ti versi 7. Didapati bahawa Soeharto menjadikan siri rangkaian “Pidato Kenegaraan” sebagai siri utama dalam menyampai mesej nilai kepada rakyatnya. Walaubagaimanapun dimensi nilai “perkauman/kemasyarakatan” hanyalahdimensi nilai ketiga penting dalam penyampaian mesej pembangunan. Ini dilihat kurang signifikan berbanding ekspresi akal budi Jawa di sepanjang pemerintahannya. Manakala nilai terbitan“Kesatuan/Persatuan” dan nilai terbitan “Aman/Damai/Makmur/Sejahtera/Harmonis” merupakan nilai paling kerap dikemukakan dalam dimensi nilai tersebut. Di akhir kertas kerja ini, satu penjelasan terhadap aplikasi nilai dalam kepimpinan dan pembangunan Soeharto diperoleh. Kesimpulannya, pemimpin dengan manipulasi akal budi nilai tempatan mampu mencorak pembangunan yang lebih pragmatik dan berkesan. Pembugaran nilai budaya akal budi tempatan menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelangsungan pembangunan Indonesia khususnya dan Asia Tenggara umumnya

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

JAES, L., ISMAIL, F., DAMIN, Z. A., ANI, F., & MOHD SUHAIMY, K. A. (2018). Nilai “Perkauman/Kemasyarakatan” Sebagai Alat Pembangunan Soeharto Di Indonesia. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1121