Kaedah Syarh Al-Hadith Dalam Pengajian Hadith Di Institusi Masjid Di Daerah Muallim Negeri Perak

Authors

  • WAHYU HIDAYAT ABDULLAH
  • MUHAMAD ROZAIMI RAMLE
  • MOHD MARZUQI ABDUL RAHIM
  • ABD HADI BORHAM

Keywords:

Syarh al-Hadith; Institusi Masjid; Daerah Muallim; Negeri Perak Darul Ridzuan

Abstract

Pengajian hadithmerupakan salah satu siri pengajian penting dalam siri pengajian keagaam samada formal mahupun tidak formal dijalankan di institusi masjid. Beberapa karya-karya hadithpopular dalam bidang ini yang telah ditulis samada dalam bahasa Arab ataupun dalam bahasa Melayu telah dikenalpasti dan digunakan oleh sebahagian besar tenaga pengajar di semenanjung tanah air, antaranya seperti karya Hadith 40 Imam al-Nawawi, Riyadh al-Salihin, Mastika Hadith, Tajzib al-Atraf li al-Hadith, Bustanul Arifin, Hadith40 Penawar Hatidan sebagainya. Dalam menyampaikan pengajian yang dijalankan bentuk atau kaedah menghuraikan hadith dalam pengajian yang dikenali sebagai syarh al-hadithsewajarnya diikuti oleh tenaga pengajardalam pengajian ini. Ini kerana beberapa kaedah syarah hadith telah disusun oleh cendekiawan hadithdilihat penting bagi menyempurnakan pengajian hadithyang diterima oleh mereka yang mengikuti pengajian hadithdi institusi masjid. Oleh yang demikan, kertas kerja ini akan membentangkan hasil daripada kajian awal berbentuk kajian kualitatif akan menganalisis kaedah syarah hadith yang diamalkan oleh tenaga pengajar khusus dalam pengajian hadithyang dijalankan di sekitar daerah Muallim di negeri Perak Darul Ridzuan. Kajian ini sekaligus mendedahkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat kaedah syarah hadith yang telah digunakan oleh beberapa tenaga pengajar dalam bidang tersebut yang terlibat

Downloads

Published

31-05-2018

How to Cite

ABDULLAH, W. H., RAMLE, M. R., ABDUL RAHIM, M. M., & BORHAM, A. H. (2018). Kaedah Syarh Al-Hadith Dalam Pengajian Hadith Di Institusi Masjid Di Daerah Muallim Negeri Perak. Human Sustainability Procedia. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/1119