Pembangunan Aplikasi E-fastbantuan

Authors

  • Erfie Yusri Shah Warham UTHM
  • Nurul Aswa Omar

Keywords:

donation, assistance system, mobile application

Abstract

Bantuan atau sumbangan merupakan salah satu bentuk pertolongan yang diberikan kepada mereka yang mengalami kesusahahan terutamanya dalam menghadapi situasi pandemik atau bencana. Namun, terdapat beberapa isu seperti pertindihan atau longgokan bantuan di satu tempat sahaja yang disebabkan oleh informasi yang salah. Oleh itu, matlamat utama kajian ini direka adalah untuk membangunkan sebuah aplikasi yang berfungsi untuk memberi dan memohon sumbangan yang akan diuruskan oleh pihak Perbadanan Bukan Kerajaan (NGO). Pembangunan aplikasi ini dapat menjadikan sistem pengurusan bantuan lebih teratur. Kajian ini dijalankan mengikut kepada model Air Terjun serta fasa yang terlibat di dalam Kitaran Hayat Pembangunan Perisian (SDLC). Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan Dart sebagai bahasa pengaturcaraan dan Firebase sebagai pangkalan data. Keutamaan aplikasi ini dibina adalah untuk membina sistem bantuan yang sistematik dan efisien untuk kegunaan semua pihak.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Warham, E. Y. S., & Omar, N. A. . (2023). Pembangunan Aplikasi E-fastbantuan. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 426-445. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/8502