Sistem Pengurusan Restoran Burger Bakar Adden

Authors

  • Aina Farisha Saian UTHM
  • Mazidah Mat Rejab

Keywords:

Sistem Pengurusan Restoran, Sistem Berasaskan Web, Model Prototaip, Pendekatan Berstruktur

Abstract

Sistem Pengurusan Restoran Burger Bakar Adden adalah sistem berasaskan web yang meningkatkan kualiti sistem sedia ada di restoran Adden dengan menggunakan sistem pengurusan restoran yang lebih maju. Memandangkan restoran Adden masih menggunakan kertas dan pen untuk membuat pesanan, membuat salinan pesanan, menerima pembayaran secara tunai, dan tiada laporan jualan yang mudah dirujuk. Oleh itu, sistem ini dibangunkan khas untuk pemilik dan pekerja restoran Adden. Berikutan itu, sistem restoran Adden boleh dijalankan dengan lebih sistematik, menjimatkan masa merekod dan mengemas kini maklumat pesanan, dan memenuhi kepuasan pelanggan. Sistem ini direka bentuk menggunakan pendekatan berstruktur dan model Prototaip kerana setiap fasa adalah bersesuaian dengan pembangunan sistem. Perisian Sublime Text dan pelayan MySQL digunakan untuk menyimpan data dalam pangkalan data. Akhir sekali, dijangka sistem baru ini dapat digunakan secara optimum dan memberi manfaat kepada pemilik untuk melihat laporan jualan setiap minggu, dan pekerja restoran boleh meningkatkan kecekapan dalam menjalankan proses pengurusan restoran dengan berkesan menggunakan peranti mudah alih atau tablet.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Saian, A. F., & Mat Rejab, M. (2022). Sistem Pengurusan Restoran Burger Bakar Adden. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1172-1189. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7743