Sistem Pengurusan Maklumat Akhir Tahun Secara Dalam Talian

Authors

  • Mohd Sazwan Asakil uthm
  • Nurezayana Zainal

Keywords:

Program Sarjana Muda(PSM), Sistem dalam talian, Prototaip

Abstract

Pada masa ini, Fakulti Sains Teknologi dan Maklumat (FSKTM)  tidak mempunyai sistem khusus untuk mengurus Projek Sarjana Muda (PSM). Mahasiswa terpaksa bergantung kepada medium yang dipilih oleh penyelia. Justeru, Sistem Pengurusan Maklumat Akhir Tahun secara dalam talian akan dibangunkan untuk meningkatkan efisiensi pengurusan PSM. Sistem cadangan ini akan menjadi medium perbincangan, penghantaran dan pengurusan PSM bagi penyelia, mahasiswa dan penyelaras. Pembangunan berasakan prototaip digunakan untuk membina sistem ini. Sistem ini mempunyai 7 modul iaitu log masuk, pendaftaran pengguna, pengurusan profil, perbincangan, penghantaran, notifikasi dan pemilihan penyelia. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah php manakala mysql digunakan untuk mengurus pangkalan data sistem. Sistem ini akan membantu penyelia, penyelaras dan mahasiswa untuk mengurus PSM dengan lebih efisien.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Asakil, M. S., & Zainal, N. (2022). Sistem Pengurusan Maklumat Akhir Tahun Secara Dalam Talian. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 821-834. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7688