AR Covirus: Aplikasi Pembelajaran COVID-19 Menggunakan Realiti Terimbuh
Keywords:
COVID-19, Aplikasi pembelajaran, Realiti terimbuhAbstract
Jangkitan Coronavirus Disease-19 (COVID-19) amat membimbangkan pada masa sekarang terutamanya terhadap golongan kanak-kanak kerana sistem imunisasi dalam badan mereka adalah rendah. Memandangkan sesi persekolahan secara bersemuka telah bermula, kanak-kanak khususnya yang berusia 7 hingga 12 tahun perlu peka dalam mengambil langkah inisiatif semasa di sekolah supaya tiada penularan jangkitan virus berlaku. Oleh itu, aplikasi pembelajaran COVID-19 akan dibangunkan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat dua modul di dalam aplikasi iaitu modul pembelajaran COVID-19 menggunakan realiti terimbuh dan permainan. Pembangunan aplikasi ini akan dihasilkan menggunakan metodologi Multimedia Mobile Content Development (MMCD). Kandungan aplikasi pembelajaran dirujuk daripada Subject Matter Expert (SME) dan laman web rasmi World Health Organization (WHO) untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Aplikasi ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak mempelajari tentang COVID-19 dengan cara yang menyeronokkan dan mempraktikkan pembelajaran dalam kehidupan harian.