Pembangunan Sistem Kehadiran Solat di Masjid berasaskan web
Keywords:
masjid, Prosedur Operasi Standard, Tempahan Solat, Covid-19, Model Air Terjun, solat jumaatAbstract
Sistem Kehadiran Solat Di Masjid adalah sebuah sistem berasaskan web dibangunkan bagi membantu pengguna membuat tempahan secara dalam talian. Pada situasi sekarang pusat beribadat perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing. Bagi setiap masjid perlu menghadkan jumlah jemaah mengikut kapasiti masjid yang telah ditetapkan dalam SOP kesannya pengguna sukar mendapat tempat solat terutamanya solat jumaat. Pengguna perlu datang lebih awal untuk mendapat tempat solat di masjid. Dengan adanya sistem ini, pengguna dapat menempah tempat solat di dalam talian. Target pengguna bagi sistem ini adalah pengguna dan pihak pengurusan masjid. Pembangunan sistem ini menggunakan metodologi model Air Terjun. Perisian yang digunakan adalah Laravel, Visual Studio Code dan pangkalan data yang digunakan adalah MariaDB. Terdapat beberapa modul seperti log masuk, log keluar, profil, tempahan dan sebagainya. Dengan terhasilnya sistem ini dapat membantu pengguna mendapat tempat solat di masjid.