Pembangunan Aplikasi berasaskan Web untuk Audit Dalaman

Authors

  • Noor Izzati Mohd Nor uthm
  • Shahreen Kasim

Keywords:

audit dalaman, php, pengurusan, pemantauan audit, sawit, audit

Abstract

Sistem Pengurusan dan pemantauan audit untuk Sawit Kinabalu Sdn Bhd (SKSB) merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk menaiktaraf  sistem pengurusan dan pemantauan audit dalaman secara manual yang sedang digunakan oleh SKSB. Melalui pembangunan sistem ini, urusan pengurusan dan pemantauan audit dapat dibuat dengan lebih sistematik dan efisyen. Di samping itu, sistem ini dibangunkan  melalui kajian dan analisis yang telah dibuat terhadap kerja pengauditan dalaman secara manual yang digunakan sekarang. Segala isu-su dan permasalahan yang berkaitan akan diperbaiki dan dinaiktaraf untuk menghasilkan sistem yang pengguna dan berkesan. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan rekabentuk antaramuka yang mesra pengguna untuk membantu pengguna menggunakan sistem ini. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah Microsoft Visual Studio Code dengan bahasa pengaturcaraan PHP serta menggunakan pangkalan data MariaDB untuk menyimpan semua data. Dengan membangunkan sistem ini dapat mengurangkan masa yang diambil oleh pengguna untuk menjalankan audit dalaman.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Noor Izzati Mohd Nor, & Kasim, S. (2022). Pembangunan Aplikasi berasaskan Web untuk Audit Dalaman. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 411-421. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7612