Aplikasi Berita Mudah Alih Secara Atas Talian Berasaskan Orang Ramai

Authors

  • Muhd Hazrie Fazilah UTHM
  • Shamsul Kamal Abdul Khalid

Keywords:

Berorientasikan Objek, Pengekodan

Abstract

: Berita terkini adalah penting untuk kehidupan manusia kerana ia dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan setiap individu serta mencelikkan minda kita dalam memacu wawasan negara. Walau bagaimanapun, pada masa kini amalan membaca mula beralih dari media cetak kepada media digital yang tiada penghujung. Ini kerana, masyarakat Malaysia lebih banyak menjalankan aktiviti harian mereka dengan menggunakan telefon pintar atau gadget yang semakin canggih. Oleh itu, aplikasi berita mudah alih secara atas talian ini telah dibina untuk membantu pengguna melayari berita semasa dengan lebih pantas dan peroleh infomarsi yang lebih meluas. Aplikasi ini membolehkan pengguna melihat komen dan penilaian berita sebelum mereka membuat keputusan atau andaian sendiri terhadap berita yang dikongsikan oleh orang lain. Fungsi komen dan penilaian tidak hanya digunakan untuk melihat reaksi orang terhadap info yang diterima, malahan untuk mengenalpasti kebenaran sesebuah berita yang dikongsikan di dalam aplikasi tersebut. Dengan menggunakan aplikasi berita mudah alih ini, pengguna dapat mengurangkan keraguan serta menambah baik kadar kepercayaan berita semasa yang berada di media-media sosial pada hari ini . Methodologi yang digunakan untuk membina aplikasi berita mudah alih ini adalah metodologi prototaip. Bahasa Java digunakan untuk membina aplikasi berita mudah alih atas talian. Aplikasi ini dibangunkan dengan platform Android. Aplikasi berita mudah alih ini diharapkan dapat memberi panduan kepada penguna untuk meningkatkan taraf pendidikan dan meningkatkan amalan membaca walaupun dalam era yang penuh dengan teknologi ini.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Fazilah, M. H., & Abdul Khalid, S. K. . (2022). Aplikasi Berita Mudah Alih Secara Atas Talian Berasaskan Orang Ramai. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 150-164. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7588