Pembangunan Sistem Tempahan Faeq Car Wash

Authors

  • Nurul Shafiqah Shamshul Bahri UTHM
  • Mohd Zainuri Saringat

Keywords:

kenderaan, tempahan, pembersihan, sistem maklumat

Abstract

Sistem Tempahan Faeq Car Wash merupakan suatu sistem berasaskan aplikasi mudah alih yang berfungsi bagi melakukan penempahan pembersihan secara atas talian dan mengelakkan berlakunya pertindihan jadual bagi slot tempahan. Tambahan pula, proses manual sebelum ini membuang masa pelanggan untuk menunggu mencuci sebuah kenderaan. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses penempahan cuci kenderaan dengan mudah dan cepat serta memudahkan pekerja dan pemilik untuk bersedia dengan peralatan cucian. Metodologi yang digunakan bagi pembangunan sistem ialah model prototaip. Selain itu, bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Java manakala pangkalan data pula ialah Firebase. Secara keseluruhannya, sistem ini dibangunkan bagi memudahkan penempahan pembersihan kenderaan oleh pelanggan serta pemilik dapat memajukan lagi perniagaan kedai cuci kereta dengan lebih meluas. Oleh itu, sistem cadangan ini dapat melancarkan proses penempahan dengan lebih sistematik.

The Faeq Car Wash Booking System is a mobile application -based system that works to perform online cleaning bookings and avoid the occurrence of schedule duplication for booking slots. Furthermore, the previous manual process wasted customer time waiting to wash a vehicle. The system aims to facilitate the vehicle wash booking process easily and quickly as well as make it easier for employees and owners to be ready with wash equipment. The methodology used for system development is a prototype model. In addition, the programming language used is Java while the database is Firebase. Overall, this system was developed to facilitate vehicle cleaning orders by customers as well as owners to further develop the car wash business more widely. Therefore, this recommendation system can streamline the booking process more systematically.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Shamshul Bahri, N. S., & Saringat, M. Z. (2022). Pembangunan Sistem Tempahan Faeq Car Wash. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 892-909. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7555