Sistem Pakar Mendiagnosis Penyakit Gigi

Authors

  • NUR AZWANA ABD AZIT Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • AZIZUL AZHAR RAMLI UTHM

Keywords:

Penyakit Gigi, Forward Chaining, Sistem Pakar

Abstract

Sistem Pakar Mendiagnosis Penyakit Gigi merupakan satu sistem pakar berasaskan web yang berfungsi untuk mendiagnosis penyakit gigi berdasarkan gejala-gejala yang dihidapi oleh pengguna. Pengguna akan memperoleh keputusan seperti nama penyakit gigi, kaedah pencegahan, serta cara merawat penyakit gigi daripada hasil diagnosis yang dibuat. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat perundingan secara atas talian seterusnya menjimatkan masa dan kos untuk berjumpa dengan pakar. Model Kitar Hayat Pembangunan Sistem Pakar (ESDLC) digunakan bagi membangunkan projek ini. Selain itu, perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah Sublime Text dan MySQL sebagai pangkalan data sistem. Sistem ini akan menyimpan data gejala, set petua dan keputusan di dalam pangkalan data untuk proses penjanaan keputusan menggunakan kaedah Forward Chaining. Secara umumnya, sistem pakar ini mampu berfungsi untuk mendiagnosis penyakit gigi dan mengeluarkan hasil diagnosis yang tepat bagi membantu pengguna memperoleh keputusan penyakit gigi berdasarkan gejala yang dihidapi.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

ABD AZIT, N. A., & RAMLI, A. A. (2023). Sistem Pakar Mendiagnosis Penyakit Gigi. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1637-1653. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7548