Aplikasi Pengurusan Kedai IBYTE Technology (PC TECH)

Authors

  • Muhammad Nur Husaini Hawarudin UTHM
  • Mohd Amin Mohd Yunus

Keywords:

teknologi maklumat, aplikasi android, prototaip

Abstract

Pada masa kini, teknologi maklumat memainkan peranan yang besar, di mana ia digunakan untuk menyimpan, mengubah suai, menyebar atau mencipta maklumat. Justeru, bagi mengikuti era teknologi, Aplikasi Pengurusan Kedai Ibyte Technology yang berkenaan dibangunkan bertujuan untuk membantu dan memudahkan pelanggan dan operasi perniagaan. Selain itu, aplikasi ini juga dapat meningkatkan produktiviti perniagaan iaitu dengan adanya aplikasi yang sistematik dan berkesan. Dengan kewujudan aplikasi ini dan terdapatnya sistem yang menunjukkan stok, ia memudahkan pengguna untuk memilih komponen-komponen yang sedia ada dan pengguna tidak perlu datang ke kedai lagi untuk bertanyakan tentang stok komponen yang hendak dibelinya. Dengan aplikasi ini juga, tiada lagi pembaziran dilakukan oleh penggunaan surat sebaran dan edaran-edaran risalah. Pengguna boleh melihat senarai harga komponen-komponen komputer dan resit pembelian juga akan diberikan secara dalam talian melalui aplikasi ini. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, aplikasi yang dicadangkan adalah dengan menggunakan pendekatan berorientasikan objek. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan kaedah prototaip yang mana pembangunan melalui kaedah ini dapat mengurangkan kos dalam fasa terakhir. Android Studio dan Firebase digunakan untuk mencipta aplikasi ini. Sebagai hasil daripada projek ini, diharapkan ianya dapat memberikan kepuasan dari segi perkhidmatan di antara kedua-dua pihak iaitu kedai dan juga pelanggan.

 

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hawarudin, M. N. H., & Mohd Yunus, M. A. (2022). Aplikasi Pengurusan Kedai IBYTE Technology (PC TECH). Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1517-1533. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7544