Aplikasi Pesanan Pisang Goreng Cheese (PishangKing)

Authors

  • Naili Asyraf Aman UTHM
  • Mohd Amin Mohd Yunus

Keywords:

teknologi maklumat, aplikasi android, prototaip

Abstract

Pada masa kini, teknologi maklumat memainkan peranan yang besar, di mana ia digunakan untuk menyimpan, memanipulasi, mengedar atau mencipta maklumat. Ini tidak terkecuali dalam bidang makanan dan minuman yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat secara optimum untuk mempromosi dan mengurus perkhidmatan jualan makanan. Justeru, bagi mengikuti era teknologi, Aplikasi Pesanan Pisang Goreng Cheese (PishangKing) dibangunkan di mana ia merupakan aplikasi android di mana pelanggan boleh melihat dan memesan pelbagai menu yang ditawarkan daripada gerai tersebut. Aplikasi ini dibangunkan untuk memberi kelebihan kepada pelanggan di mana pelanggan boleh memesan makanan dari aplikasi secara penghantaran ke rumah ataupun secara tempahan ke gerai. Dengan cara ini, ia akan mengurangkan masa menunggu kerana kakitangan gerai telah mengetahui terlebih dahulu senarai pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, aplikasi yang dicadangkan adalah dengan menggunakan pendekatan berorientasikan objek. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan kaedah prototaip yang mana pembangunan melalui kaedah ini dapat mengurangkan kos dalam fasa terakhir. Sementara itu, Android Studio dan Firebase digunakan untuk membina aplikasi. Sebagai hasil daripada projek ini, diharapkan ianya dapat memberikan kepuasan dari segi perkhidmatan di antara kedua-dua pihak iaitu gerai dan juga pelanggan.

 

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Aman, N. A., & Mohd Yunus, M. A. (2022). Aplikasi Pesanan Pisang Goreng Cheese (PishangKing). Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1280-1294. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7520