Sistem Tempahan Makanan Dapur Nana

Authors

  • Nazmir Nasir UTHM
  • YANA MAZWIN MOHMAD HASSIM

Keywords:

Sistem informasi, Berasaskan web, Pengurursan

Abstract

Sistem Tempahan Makanan Dapur Nana dibangunkan bertujuan untuk membantu pelanggan membuat tempahan makanan dari peniaga “Dapur Nana” secara dalam talian. Selain itu, sistem ini juga dapat memudahkan peniaga “Dapur Nana” dalam proses mengurus dari pelanggan secara terurus dan teratur.  Peniaga “Dapur Nana” yang sebelumnya hanya memaparkan menu dalam poster yang dikongsikan ke dalam pelbagai group “Whatsapp”, dan pelanggan akan memilih menu makanan dari poster tersebut yang hendak ditempah. Dengan melihat kepada kelemahan tersebut, maka Sistem Tempahan Makanan Dapur Nana dibangunkan. Sistem ini akan memberikan kemudahan kepada pengurusan penempahan makanan. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah metodologi Pembangunan Aplikasi Pesat. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Sublime text, pengaturcaraan PhP, dan phpMyAdmin sebagai pangkalan data. Sistem ini akan mempermudahkan proses antara peniaga dan juga pelanggan.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nasir, N., & MOHMAD HASSIM, Y. M. (2023). Sistem Tempahan Makanan Dapur Nana. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1596-1608. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7519