Pembangunan Sistem Pengurusan Ujian Perkembangan Awalan Kanak-kanak berdasarkan Teknik Analisis Denver

Authors

  • SITI NURHAWA BAGHOWI uthm
  • NORFARADILLA WAHID

Keywords:

Perkembangan awalan, Pengurusan, Kanak-kanak, Agile Scrum, Denver

Abstract

Sistem Pengurusan Ujian Perkembangan Awalan Kanak-kanak berdasarkan Teknik Analisis Denver merupakan suatu sistem berasaskan web yang dibangunkan bagi pakar terapi melaksanakan pemeriksaan perkembangan awalan terhadap kanak-kanak di Pusat Terapi Little Ones Eduworld. Metodologi yang digunakan adalah model Agile Scrum yang mana modul ini sesuai digunakan bagi projek yang memerlukan perulangan berkala. Pengujian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada teknik analisis Denver. Carta Denver II ialah alat penting yang digunakan oleh sekolah di seluruh negara untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas. Sistem ini dibangunkan menggunakan rangka kerja Laravel. Bagi bahasa pengaturcaraan, bahasa yang akan digunakan adalah PHP serta pangkalan datanya adalah HeidiSQL. Sistem Pengurusan Ujian Perkembangan Kanak-kanak akan memudahkan pakar terapi serta pihak tertentu di Pusat Terapi Little Ones Eduworld dalam menjalankan ujian perkembangan awalan kanak-kanak menggunakan laman web secara atas talian.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

BAGHOWI, S. N., & WAHID, N. (2023). Pembangunan Sistem Pengurusan Ujian Perkembangan Awalan Kanak-kanak berdasarkan Teknik Analisis Denver. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 405-425. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7512