Sistem Pengurusan Inventori Ayam Ladangku

Authors

  • Ahmad Haziq Hilman Hasan uthm
  • Mohd Amin Mohd Yunus

Keywords:

Customer, Inventory, Order

Abstract

Sistem Pengurusan Inventori Ayam Ladangku adalah satu sistem yang berasaskan web yang berfungsi sebagai medium untuk mengurus tempahan produk ayam ladangku. Selandar Halmart Enterprise menghadapi masalah di mana sistem semasa untuk menguruskan tempahan dan merekod inventori ayam ladangku masih menggunakan kertas dan pen sahaja. Disebabkan itu, pihak pengurusan Selandar Halmart Enterprise mengalami risiko yang tinggi terhadap pertindanan dan kehilangan data tempahan dan inventori ayam ladangku. Oleh itu, sistem pengurusan ini dibangunkan khas untuk pemilik dan pekerja Selandar Halmart Enterprise bagi mengatasi masalah ini. Sistem ini direkabentuk menggunakan pendekatan berstruktur dan dicapai secara dalam talian. Model yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah Model Prototaip. Sublime digunakan untuk membangunkan sistem, bersama Xampp sebagai solusi server web. Akhir sekali, dijangka Sistem Pengurusan Inventori Ayam Ladangku mampu memberi manfaat kepada pemilik dan pekerja Selandar Halmart Enterprise untuk mendapatkan maklumat, melaksanakan proses tempahan, merekod produk ayam dengan sistematik.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hasan, A. H. H., & Mohd Yunus, M. A. (2023). Sistem Pengurusan Inventori Ayam Ladangku. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1388-1402. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7497