Sistem Automasi Utiliti Rumah Menggunakan Suara

Authors

  • Ammar Zahid Akmal Zakaria Haiyun UTHM
  • Mohamad Firdaus Ab. Aziz

Keywords:

Rumah Pintar, IOT, Pengurusan

Abstract

Sistem Automasi Utiliti Rumah Menggunakan Suara berupaya memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Teknologi IoT ini menghasilkan kawalan utiliti rumah dengan arahan suara. Tidak mesra pengguna, adalah permasalahan yang boleh dilihat pada sistem sedia ada kini. Hal ini kerana ia menyebabkan kesukaran dalam mengawal utiliti yang ada dirumah. Tujuan utama kajian adalah untuk membangunkan sistem kawalan jarak jauh, membangunkan sistem rumah pintar menggunakan fungsi suara dan untuk merancang sistem yang mesra pengguna. Pengguna akan menjadi pentadbir dari Unit sistem kawalan utiliti rumah. Metodologi yang digunakan dalam pembagunan sistem ialah “Spiral Model”. Dalam model ini, kita boleh menukar keperluan dengan mudah pada fasa kemudian dan boleh digabungkan dengan tepat. Selain itu, Fungsi tambahan boleh ditambah pada masa akan datang. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap sistem untuk masa akan datang adalah dengan menambahkan ciri-ciri keselamatan rumah. Antara contoh keselamatan yang boleh diterangkan ialah pintu automatik yang mana ia berfungsi ketika keluar masuk rumah.

 

 

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Haiyun, A. Z. A. Z., & Mohamad Firdaus Ab. Aziz. (2022). Sistem Automasi Utiliti Rumah Menggunakan Suara. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1470-1483. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7479