Pembangunan Aplikasi Pemantauan Kesihatan Belajar Dari Rumah Menggunakan Teknologi Web
Keywords:
aplikasi web, pemantauan kesihatan, kesihatan fizikal, kesihatan mental, belajar dari rumahAbstract
Pada akhir 2019 dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Justeru aplikasi pemantauan kesihatan belajar dari rumah ini bertujuan untuk memantau tahap kesihatan pelajar yang belajar di rumah. Skop atau modul aplikasi ini ialah daftar akaun,daftar masuk dan keluar, soalan kesihatan fizikal, soalan kesihatan mental, rekod laporan. Aplikasi web ini dibangunkan menggunakan metodologi prototaip. Ianya dibangunkan menggunakan ASP.NET, HTML, CSS, Javascript dan bahasa C# sebagai kod belakang dan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2019 untuk fasa pembangunan. MSSQL digunakan sebagai pangkalan data. Penilaian pengguna diambil kira untuk menambah baik aplikasi web ini untuk memenuhi keperluan pengguna pada masa akan datang.