Pembangunan Sistem Pengurusan Bungkusan Pelajar

Student Parcel Management System

Authors

  • Nik Yasmin Nik Yusoff UTHM
  • Norhanim Selamat

Keywords:

Bungkusan, berasaskan web, prototaip, kolej

Abstract

Ramai pelajar kolej memilih untuk membeli dalam talian pada tahun-tahun belakangan ini daripada pergi ke kedai untuk membeli apa yang mereka perlukan. Perkara ini boleh mendatangkan masalah terutama bagi kolej kediaman menguruskan bungkusan yang diterima. Sistem Pengurusan Bungkusan Pelajar di Kolej Matrikulasi Kelantan merupakan satu sistem berasaskan web yang berfungsi bagi merekodkan maklumat penerimaan dan penyerahan bungkusan pelajar di kolej yang dikirim melalui perkhidmatan pos. Sistem ini bertujuan untuk menambah baik kelemahan dalam kaedah pengurusan bungkusan pelajar yang sedia ada di mana ia dijalankan secara manual menggunakan borang kertas. Tambahan pula, kaedah ini dilihat kurang efisien bagi menguruskan data kerana memakan banyak masa dan tenaga. Oleh itu, untuk mengurangkan masalah ini, sistem ini telah dibangunkan untukmembantu memudahkan petugas menguruskan bungkusan pelajar. Model prototaip digunakan sebagai panduan pembangunan suistem. Manakala bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Hypertext Preprocessor (PHP) dan pangkalan data MySQL. Umumnya, sistem ini dibangunkan bagi membantu pengurusan maklumat pelajar, maklumat penerimaan dan penyerahan bungkusan serta laporan yang berkaitan supaya lebih sistematik dan efisien.

 

The Student Parcel Management System at Kelantan Matriculation College is a web -based system that serves to record information on the receipt and delivery of student parcels at the college sent by postal service. The system aims to improve weaknesses in existing student package management methods where it is carried out manually using paper forms. Furthermore, this method is seen as less efficient for managing data because it consumes a lot of time and energy. Therefore, to alleviate this problem, this system can help make it easier for staff to manage student packages. The methodology that has been applied in developing this project is a prototype model. For the system, the programming language used is Hypertext Preprocessor (PHP) while the database development used is MySQL. Generally, this system is developed to help the management of student information, information on receipt and delivery of packages as well as related reports to be more systematic and efficient.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nik Yusoff, N. Y., & Selamat, N. (2023). Pembangunan Sistem Pengurusan Bungkusan Pelajar: Student Parcel Management System. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 824-841. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7451