Pembangunan Sistem Pengurusan Tempahan Penjagaan Haiwan di PetWorld Centre

Authors

  • Nur Amelia Ahmad Zakaria UTHM
  • Rabatul Aduni

Keywords:

sistem pengurusan, sistem berasaskan web, tempahan penjagaan haiwan

Abstract

PetWorld Centre merupakan sebuah pusat penjagaan haiwan peliharaan yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan. Penggunaan sistem secara manual memerlukan pelanggan untuk datang sendiri ke PetWorld Centre bagi mendapatkan tempahan perkhidmatan. Segala maklumat pelanggan dan tempahan ditulis dan disimpan di dalam buku log. Oleh itu, satu sistem pengurusan tempahan penjagaan haiwan berasaskan web telah dicadangkan. Sistem ini membenarkan pentadbir PetWorld Centre untuk menguruskan tempahan dengan mudah serta maklumat dapat disimpan dengan lebih selamat. Pelanggan pula dapat membuat tempahan perkhidmatan dengan segera tanpa perlu beratur di kaunter. Sistem dibangunkan menggunakan pendekatan berorientasikan objek serta model prototaip diaplikasikan sebagai metodologi. Manakala MySQL digunakan sebagai pangkalan data serta Hypertext Preprocessor (PHP) dan Hypertext Markup Language (HTML) sebagai bahasa pengaturcaraan.  Sistem ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan maklumat dan tempahan di PetWorld Centre.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad Zakaria, N. A., & Sulaiman, R. A. (2022). Pembangunan Sistem Pengurusan Tempahan Penjagaan Haiwan di PetWorld Centre. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1020-1036. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7369