Sistem Pengurusan Kehadiran dan Kebenaran Kerja Yacaya Enterprise (PKKKYE)

Authors

  • Ain Farhadhia Ahmad Daud UTHM
  • Azizul Azhar Ramli

Keywords:

sistem pengurusan, kehadiran dan kebenaran kerja, prototaip

Abstract

Sistem Pengurusan Kehadiran dan Kebenaran Kerja Yacaya Enterprise (PKKKYE) adalah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan bagi mendapatkan pengesahan kehadiran dan kebenaran kerja pekerja tapak projek secara atas talian. Namun begitu, Yacaya Enterprise masih menggunakan kaedah manual iaitu mengisi borang dalam setiap pengurusan. Selain itu, penyelia sering terlepas pandang mengenai rekod kehadiran dan tempoh kebenaran kerja pekerja. Dengan melihat permasalahan tersebut, Sistem PKKKYE dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan segala pengurusan merekod kehadiran, gaji dan kebenaran kerja disimpan dan diakses semula didalam pangkalan data dengan selamat. Sistem PKKKYE mempunyai fungsi-fungsi modul tersendiri iaitu modul pendaftaran, log masuk, pengurusan kehadiran, pengurusan gaji, pengurusan kebenaran kerja, pengurusan pemantauan dan modul notifikasi. Model prototaip digunakan sebagai metodologi untuk membangunkan Sistem PKKKYE. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian di Notepad++, XAMPP dan phpMyAdmin. Manakala bagi bahasa pengaturcaraan pula adalah HTML, PHP, CSS, SQL serta MySQL.  Pada akhir projek ini, Sistem PKKKYE membantu memudahkan pengurusan penyelia, pentadbir dan pengurus syarikat dalam mengendalikan kehadiran, gaji dan kebenaran kerja pekerja tapak projek. Sistem ini juga dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad Daud, A. F., & Ramli, A. A. (2022). Sistem Pengurusan Kehadiran dan Kebenaran Kerja Yacaya Enterprise (PKKKYE). Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1604-1617. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7365