Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Inventori untuk PK Ean Trading

Authors

  • Yong Huey Ean UTHM
  • Suziyanti Marjudi

Keywords:

sistem maklumat, sistem inventori, model prototaip

Abstract

Perekodan secara digital memberi banyak faedah kepada organisasi dan masyarakat pada zaman ini. Inventory System for PK Ean Trading merupakan satu sistem secara atas talian yang dibangunkan untuk membantu kedai tersebut menguruskan kemasukan dan pengeluaran inventori. Selain itu, sistem ini juga berfungsi untuk menjimatkan masa perekodan dan membantu pemilik menjana laporan penjualan yang diperlukan. Menurut pemerhatian, kedai tersebut masih menggunakan cara perekodan secara manual dengan merekodkan maklumat inventori dalam buku. Oleh itu, kedai tersebut menghadapi masalah tidak pasti jumlah sebenar inventori yang ada dan memerlukan masa yang panjang untuk mengira inventori. Seterusnya, model prototaip telah dipilih untuk membangunkan sistem ini kerana model ini memberi ruangan kepada pengguna untuk mengetahui konsep sistem pada peringkat awal. Selain itu, model ini juga membantu mengesan kesilapan dengan lebih awal melalui prototaip. Pada akhir pembangunan, sistem dapat membantu kedai menguruskan maklumat inventorinya dengan lebih sistematik dan mempercepatkan proses mengakses maklumat.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ean, Y. H., & Marjudi, S. (2022). Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Inventori untuk PK Ean Trading. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1203-1213. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7355