Pembangunan Sistem Wang Khairat Kematian

Authors

  • Nur Anisah Mohd Zainuri uthm
  • Mohd Hamdi Irwan Hamzah UTHM

Keywords:

Khairat Funeral System, Software Engineering, Web Based System, Prototype model

Abstract

Sistem Pengurusan Wang Khairat Suratman (SPKS) merupakan sebuah sistem perisian secara dalam talian untuk membantu menguruskan dana tabung khairat dan mengemaskini segala jenis urusan mengenai wang khairat di kawasan Parit Suratman, Johor. Sistem ini dibangunkan untuk menggantikan kekurangan yang sedia ada pada sistem manual iaitu penggunaan kertas dan Microsoft Excel. Objektif sistem ini adalah untuk membangunkan suatu sistem yang berasaskan web portal yang dapat menyediakan maklumat kelengkapan pengebumian jenazah. Metodologi yang digunakan dalam sistem ini adalah model prototaip dan beberapa fasa penting yang terlibat dalam model tersebut termasuklah fasa perancangan, diikuti dengan tiga fasa yang dilakukan secara serentak iaitu fasa analisis, fasa mereka bentuk, fasa implementasi dan akhir sekali fasa pengujian. Dalam fasa analisis, segala fungsi yang perlu ada di dalam sistem akan dijelaskan melalui Matriks Keperluan Keberkesanan (RTM) dan di fasa rekabentuk pula segala proses akan diterjemahkan dan kemudian diwakilkan dalam bentuk gambar rajah kes guna, gambar rajah aktiviti, gambar rajah kelas dan lain-lain. Seterusnya, fasa implementasi pula akan dijalankan dengan membandingkan prestasi sistem dengan objektif yang ditetapkan semasa fasa perancangan. Pada fasa ini juga prototaip sistem akan dibina untuk mendapatkan gambaran awal projek tersebut. Akhir sekali ialah fasa pengujian dimana sistem yang telah berjaya dibangunkan akan diuji lari tentang keberkesanan dan kefungsian sistem tersebut. Bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data yang digunakan adalah Hypertext Processsor (PHP) dan MySQL. Seterusnya, sistem ini direkabentuk dengan menggunakan pendekatan berorientasikan objek dimana ia akan membenarkan data masuk. Hasilnya, satu sistem SPKS yang interaktif akan dihasilkan dan secara konklusinya, sistem ini akan membantu ketua kampung dan bendahari dalam merekodkan dan mengemaskini maklumat pengurusan wang khairat agar lebih sistematik dan efisien.

Downloads

Published

17-11-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Zainuri, N. A., & Hamzah, M. H. I. (2022). Pembangunan Sistem Wang Khairat Kematian. Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 1037-1056. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7347