Sistem Pemilihan Penyelia PSM FSKTM (SPP UTHM)

Authors

  • Hakim Borhanuddin uthm
  • ROZLINI MOHAMED

Keywords:

Sistem Pemilihan Penyelia, Sistem Berasakan Web, PSM1

Abstract

Sistem pemilihan penyelia PSM FSKTM (SPP UTHM) merupakan sebuah sistem yang memudahkan pelajar yang ingin mengambil subjek PSM1 atau Metodologi Penyelidikan. Sistem ini digunakan oleh pelajar, penyelia, penyelaras dan pentadbir. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah kerana pelajar sukar mencari penyelia yang sesuai akibat kekurangan rujukan berkaitan bidang tajuk pilihan penyelia. Selain itu, penyelia tidak dapat berkongsi tajuk cadangan mereka kepada pelajar yang berpotensi akibat kekurangan medium rasmi untuk mempromosikan tajuk mereka. Seterusnya, proses memilih penyelia manual yang menggunakan lampiran menyukarkan penyimpanan dan menukarkan maklumat kepada satu laporan. Oleh tu, sistem ini akan dibangunkan menggunakan model pembangunan sistem air terjun. Sistem ini membolehkan penyelia menyenaraikan tajuk mereka dan berkongsi kepada semua pelajar yang terdapat dalam sistem. Pelajar akan menerima senarai tajuk cadangan semua penyelia dan penyelia cadangan berdasarkan bidang tajuk pelajar. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar boleh menghantar permintaan secara terus kepada penyelia tanpa perlu menghubungi penyelia untuk bertanya berkenaan kekosongan kuota. Sistem ini adalah sistem yang berasakan web dan dibangunkan menggunakan PHP. Diharapkan sistem ini berjaya dibangunkan dan mampu menyelesaikan masalah berkenaan pemilihan penyelia.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Borhanuddin, H., & MOHAMED, R. . (2023). Sistem Pemilihan Penyelia PSM FSKTM (SPP UTHM). Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1176-1193. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7306