Pembangunan Sistem Pengurusan Jabatan Juruteknik (SPJJ) Syarikat Gah Hong Precision Sdn. Bhd.

Authors

  • MOHAMAD NOOR RIDWAN MUSA Student
  • Hannani Aman

Keywords:

Sistem Pengurusan Jabatan Juruteknik (SPJJ), Android, adaptasi prototaip

Abstract

Jabatan Juruteknik Syarikat Gan Hong Precision Sdn Bhd menguruskan kerosakan mesin dan penjadualan tugasan juruteknik secara manual. Bagi mengelakkan maklumat-maklumat tersebut daripada hilang, juruteknik perlu menyalin semula ke dalam perisian Excel setiap hari. Masalah ini menyebabkan pengurusan jabatan menjadi tidak cekap. Untuk menyelesaikannya, Sistem Pengurusan Jabatan Juruteknik (SPJJ) berasaskan aplikasi Android dicadangkan dengan menggunakan metodologi adaptasi prototaip. Bagi menganalisis dan mereka bentuk sistem ini, pendekatan berorientasikan objek dan perbandingan ke atas tiga sistem yang sama telah dilaksanakan dalam kajian literatur. Maka, sistem ini dicadangkan dengan modul melog masuk dan mendaftar pengguna baru, modul menyediakan jadual senarai tugas, modul menguruskan mesin atau kemudahan, modul menerima notifikasi aplikasi dan modul menyediakan laporan. Hasil daripada proses analisis dan reka bentuk, rajah dibangunkan ialah rajah kes guna, rajah turutan sistem, rajah aktiviti dan rajah kelas. Akhir sekali, prototaip sistem dibangunkan. SPJJ berjaya mencapai 95.24% kecapaian keperluan pengguna dan boleh ditambahbaik dari segi reka bentuk paparan sistem dan pengoptimuman keupayaan sistem.

Downloads

Published

20-07-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

MUSA, M. N. R., & Aman, H. (2023). Pembangunan Sistem Pengurusan Jabatan Juruteknik (SPJJ) Syarikat Gah Hong Precision Sdn. Bhd. Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 805-823. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/7287