Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Mengenal Huruf Kecil B Dan Huruf Kecil D Untuk Kanak-Kanak Disleksia

Authors

  • Elfira Zahira Mohamed Zalehan
  • Norhalina Senan Universiti Tun Hussein

Keywords:

aplikasi mudah alih, aplikasi pembelajaran, kanak-kanak persekolahan, disleksia

Abstract

Projek ini dilaksanakan untuk kanak-kanak disleksia yang berumur 7 hingga 9 tahun di Sekolah Kebangsaan Padang Temu. Setiap penghidap disleksia mempunyai keistimewaan dan keunikan dari segi cara sistem otak mereka berfungsi seperti bagaimana cara mereka memproses maklumat apabila mereka mendengar dan melihat berbanding orang normal. Dalam proses pembelajaran, salah satu keunikan mereka adalah kesukaran untuk membezakan dua huruf yang mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti huruf kecil b dan d. Secara amnya, kedua-dua huruf ini merupakan huruf yang sering digunakan dalam perkataan bahasa Melayu. Oleh itu, projek ini dibina untuk membantu kanak-kanak disleksia mengenalpasti perbezaan kedua-dua huruf ini dan seterusnya membantu mereka lancar membaca dan menulis.Kini terdapat beberapa aplikasi yang telah dibangunkan untuk membantu penghidap disleksia. Walau bagaimanapun, aplikasi yang sedia ada mempunyai kelemahan tersendiri seperti rekabentuk antaramuka aplikasi yang tidak sesuai mengikut tahap umur serta kurang menarik. Oleh itu, model ADDIE yang terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian digunakan dalam pembangunan aplikasi ini. Aplikasi ini mempunyai dua modul iaitu modul pembelajaran dan modul permainan. Hasil daripada keputusan penilaian mendapati pengguna dapat menggunakan aplikasi ini seperti yang dirancang dimana mereka dapat belajar serta bezakan kedua-dua huruf ini dengan lebih mudah dan seronok apabila digunakan.

Downloads

Published

18-05-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohamed Zalehan, E. Z. ., & Senan, N. (2021). Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Mengenal Huruf Kecil B Dan Huruf Kecil D Untuk Kanak-Kanak Disleksia. Applied Information Technology And Computer Science, 2(1), 242-254. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/610