Sistem “My Business”

Authors

  • Rozanawati Darman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nor Athirah Mainor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Keywords:

perniagaan kedai runcit, baki stok, pengiraan keuntungan jualan, keuntungan perniagaan

Abstract

Sistem “my Business” dibangunkan untuk membantu pemilik menguruskan perniagaan kedai runcit Chemplak Jati Enterprise yang dibuka pada tahun 2019. Beberapa permasalahan berkaitan pengurusan produk dan jualan telah dikenalpasti akibat penggunaan kaedah konvensional. Pentadbir perlu mengira baki stok yang masih ada di setiap rak. Selain itu, teknik dokumentasi yang tidak teratur juga menyebabkan kerja – kerja pengiraan pendapatan jualan menjadi tidak tepat. Kecuaian juga mungkin berlaku dalam proses pengiraan pendapatan jualan sekiranya pentadbir atau pekerja terlupa mencatat hasil jualan barang dan mengakibatkan pengiraan keuntungan perniagaan tidak tepat. Pentadbir dibenarkan untuk mengakses modul log masuk, pendaftaran pekerja, profil pekerja, produk, transaksi, laporan transaksi dan pendapatan, paparan graf pendapatan dan produk yang dijual. Pekerja pula dibenarkan mengakses modul log masuk, profil, produk dan transaksi. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP, manakala perisian penstoran data menggunakan MySQL. Pembangunan sistem “my Business” diharapkan dapat membantu pihak pengurusan meminimakan kelemahan pengurusan dan permasalahan yang berlaku sebelum ini.

Downloads

Published

08-12-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Darman, R., & Mainor, N. A. . (2020). Sistem “My Business”. Applied Information Technology And Computer Science, 1(1), 130-149. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/488